Nak cite sikit. gaya nak mengutuk ada. nak luah perasaan sikit pun ada. hehe.
Alkesah, ada satu kapel ni, boleh kata aku ni kawan baik diorang jugak (dulu). masa first-second year. tapi lama2 dah tak nampak batang hidung masing2. memang kebanyakan masa aku yang hilang. entah g mana je.
Dulu time pakwe dia sakit, aku heran jugak sebab ape dah lama x nampak budak laki tu datang kelas. orang lain heran x heran je. aku yang heran, tanya gak awek dia mana gi pakwe dia. rupanya kat hospital, sakit. maybe dia rasa orang tak heran kat dia. so, dia pun diam2 je. ok la. xpe.
Sebagai kawan yang concern, aku pun datang lawat, bawak makanan dengan minuman sikit. sembang2, itu ini. sambil2 makan. aku bgtau kawan baik aku, suruh datang melawat. memang dia pun cool, dia datang gak. bawak lagi makanan, sembang2.. since then, boleh kata baik jugak la kami sume.
Tapi aku tak paham kenapa, diorang jauhkan diri dari aku. yang awek tu dulu bukan main kutuk kawan pakwe dia. skrg ni dah berkawan BAEKKK dengan diorang tu, pastu jadi kawan gi beli shawl sesama, gi dinner sesama. haha. aku jeles? entah. rasa cam pelik. tapi dah nama manusia. memang la camtu.
Ada sekali nak pinjam moto si awek tu baru2 ni, dia macam kekok. aku lagi la SUPER kekok. ape salah aku sampai kawww buat ku bigini? hehe. xpuas hati betul. nak aje aku cakap, PI MAMPOS LA SAMA LU. tapi simpan je la. nanti sebut camtu bukan setakat permusuhan, pen'delete'kan di facebook pun akan berlaku. haha
Yela, aku miskin. aku tak macam korang anak orang kaya2. dok bandar2. aku asal kampung je. nama tempat pun punya panjang, orang susah nak sebut pun ada. HUTAN MELINTANG. kat mana tempat tu? kat mana? kat mana? explain lagiii...
Jangan la bayang aku explain macam mana. pening je. hehe.. ok, back to our topic, bukan senang jadi miskin. aku still miskin, duit cukup2 makan je even buat bisnes sebab tak serius. nak serius tak susah, esok serius, hari esok2 tak. haha. so, alhamdulillah, since mak pun dah bagi ultimate support, so kena serius. mama, nanti kita kaya sama2 ek. mama punya buku mesti meletop, akak punya bisnes pun mesti berjaya. nanti orang tak pandang hina kat kita lagi kan? *sob3
"Sepanjang perjalanan untuk dapatkan kejayaan, ada beberapa rakan yang akan tinggalkan."- Shah Rukh Khan.
I leave nobody, but you people yang abandon me. but it's ok. we will remain friends. just friends!


0 kumen2:
Post a Comment