Banyak benda nak ditulis selepas sekian lama aku diamkan diri.. asyik baca update update orang kat facebook, kat blog, kat paper. quite boring gak kalau lama-lama asyik macam tu.
Many things did happen throughout the year. tanpa aku sedar, dalam tidur dalam jaga.. semua yang aku mahu dan yang aku tak mahu dah terjadi.
Tapi tahun 2010 ni bukan tahun aku yang terbaik pernah aku hadapi. banyak sangat impian aku tak tercapai, banyak sangat benda aku kehilangan, banyak sangat benda yang aku belajar dari kesilapan. tapi banyak juga benda baik aku dapat.
InsyaAllah, aku akan treasure semua benda yang dah terjadi. buruk mahupun baik. INSYAALLAH ada hikmah di sebalik semua tu.
Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia.
Pernah sekali aku jadi manusia paling bebal kat muka bumi ni sebab aku rasa akulah manusia paling useless gila! aku pernah dalam situasi aku rasa aku give up yang amat sangat sampai aku tolak semua benda baik yang datang depan aku. Tapi bila diingatkan balik, banyak kesalahan dan keburukan tu datang daripada aku sendiri. Dan sepotong ayat atas ni menjadikan aku kuat balik. TQ ALLAH. terima kasih sebab sentiasa mengasihi hamba-Mu yang sentiasa alpa ni.
Dalam Herbalife, aku ada 2 insan ni yang sentiasa bagi kata semangat, Amalina and Yana (my upline). Pesanan diorg lebih kurang macam ni;
Aim the highest you can. Allah tak halang mana-mana umat dia untuk berjaya, jadilah jutawan atau manusia terkaya kat muka bumi ni. tapi pada masa yang sama jadilah jutawan mukmin or mukminah yang bertaqwa pada Allah.
Alhamdulillah, I met beautiful people in Herbalife. they always remind me to be grateful for being yourself. We can do a lot of meaningful things by ourselves, we can change things to become better. ONLY WE.
(maaf la tercampur bahasa.. my favourite languange is english..hehe)
Seriously, aku tak tahu ape hala tujuan blog ni nanti. memang aku plan nak rajin-rajin kan diri untuk tulis balik kat blog ni. nak more to herbalife? business? personal life? nak masukkan pasal news? contemporary issues? erm? dah blur dah... let time do the decision. for now maybe aku akan blog pasal benda-benda yang aku ada interest, and I hope korang boleh enjoy baca sama.
Ni bukan azam tahun baru, ni azam untuk blog berwajah baru..
1. tukar template (checked)
2. buang gadget lama-lama yang sakit mata (checked)
3. header blog (tak reti nak buat lagi)
4. tukar domain to dotcom (tak payah nak rush)
5. letak iklan nuffnang (entah kenapa gedik pulak nak letak)
ni je yang penting dulu.
Kalau ada salah and silap pun harap sudi-sudi la korang tegur. tapi biar lah yang membina. kalau setakat nak menjatuhkan, you better leave. :)
Takat ni je dulu k. lepas ni nak buat entry baru. :)

0 kumen2:
Post a Comment