Sunday, July 25, 2010

Antara 2

Sedar tak sedar.. dah nak masuk 22 tahun dah umur aku ni

Sedar tak sedar.. dah masuk tahun ke-4 kat UTM ni..

Sedar tak sedar.. dah nak setahun aku dalam dunia herbalife..

Sedar tak sedar.. dah tinggal lagi berapa tahun je nak kahwin.. hehe



Kalau dihitungkan, berapa banyak benda aku ketinggalan dengan Tuhan, dengan negara, dengan bangsa, dengan masyarakat, dengan mak ayah dan dengan diri sendiri.. banyak benda lagi aku tak mampu nak lunaskan. sometimes aku rasa aku antara manusia yang kerugian. aku nak hidup lama lagi, tapi apa tujuan hidup aku? hidup untuk diri sendiri atau hidup untuk manusia lain? aaahhh...korang paham ke? haha


Bila aku rasa aku dah jumpa arah tujuan hidup aku, contohnya, macam keadaan aku sekarang, aku semakin sayang Herbalife, teringin sangat nak buat full time after study. tapi aku kenal herbalife agak lewat di tahun 3. pada masa yang sama aku terikat dengan jpa. lepas study aku ada 5 atau 7 tahun perjanjian bekerja dengan kerajaan. 5 to 7 years tu masa yang agak panjang. paling koman, gaji akan naik sampai rm3500 dalam tempoh tu. kereta ada, rumah ada, saving pun ada insyaAllah.


But at the same time, I will be totally jealous kat orang yang buat herbalife full time dalam tempoh 5 to 7 years tu. sebab aku tahu Herbalife lifestyle macam mana, how frequent they will be travelling, betapa diorang dah peroleh financial freedom. sanggupkah aku tahan diri dengan melihat saja? orang lain dah jadi President's Team di mana income mereka akan/sentiasa/memang mencecah rm100,000 setiap bulan,  tapi aku masih pusing2 dengan hal kerja, hal bos, hal tempat kerja, hal rakan sekerja. pulak tu akan dikelilingi 80% orang2 negatif. korang mesti cakap aku pesimis kan? don't fool yourself la. ni aku observe pekerjaan mak aku, ayah aku dan tempat aku belajar sekarang ni. ish, boring la hidup cam ni..hehe


Cerita pasal President's Team. setiap orang yang serius buat bisnes Herbalife mesti ada simpan goal untuk capai title ni. bukan sekadar title. tapi, layanan, services, recognition are all different. kaya memang kaya. tapi untuk capai tahap ni, bukan sorang 2 je customer k! beribu, puluh ribu customers pun maybe diorang dah entertain. yang mana serius tu yang akan jadi the next president's team(s). Herbalife di malaysia ni makin laju. aku antara yang tak nak ketinggalan. kawan Herbalife di India sendiri cakap, Herbalife Malaysia antara yang hebat berbanding dengan 73 negara Herbalife yang lain. kalau 5 to 7 years aku kerja dengan government, rugi lagi... 


Jadi, ape yang patut aku buat supaya hati sendiri tak terluka kemudian hari?

1. Tolak biasiswa jpa, bisnes Herbalife seriously dan grad with steady 5 figure income.
2. Teruskan biasiswa, go on part time in Herbalife, grad dan kerja, still part time dengan Herbalife.
3. Teruskan biasiswa and Herbalife secara part time, grad and kalau xdpt keje baru full time Herbalife.

No 3 tu macam menyerah pada takdir which aku takkan boleh expect yang aku takkan dapat keje dengan gomen after grad. segala budget mesti akan berubah. bajet kawen, terutamanya...hehe


Si dia cakap nak kawen lagi 3 tahun. aku bargain punya bargain nak tunggu paling lama 2 tahun. hehe.. seksa la si dia.


Tapi apapun, kita merancang Allah yang menentukan. yang baik atau buruk, atau yang sedang2 sume tu memang dah tertulis. tapi sebelum apa2 terjadi, kita ada kebolehan merancang, dalam maksud tersirat - perseverance. jadi kena la merancang betul2. kesilapan merancang akan menghantui kita sepanjang hidup ni. unless kalau kita dapat betulkan balik kesilapan tu.


Umur 21 ke 40 adalah masa untuk bekerja keras dalam hidup. - Shah rukh Khan.

So, I still have a lot of time to think over this matter. :)

Chill. Salam


0 kumen2: